Perlembagaan Lembaga Pengawas
pengawas.ppc@smjk.edu.my February 16th, 2015
PERKARA 1: NAMA
Badan perkhidmatan ini dikenali sebagai Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang
PERKARA 2 : ALAMAT
Alamat rasmi:
Lembaga Pengawas
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang
2, Jalan Gottlieb,
10350 Pulau Pinang.
PERKARA 3 : LAMBANG & MOTTO
1. Lambang :
- Motto : Ketegasan Teras Kewibawaan
PERKARA 4 : OBJEKTIF
- Menjaga nama baik sekolah
- Menjaga dan meningkatkan disiplin
PERKARA 5 : KEAHLIAN
Fasal 1 : Komposisi Lembaga Pengawas
- Bilangan pengawas yang sedia ada dan yang perlu dilantik adalah berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Fasal 2 : Pencalonan Pengawas
- Pencalonan nama pengawas akan dijalankan melalui boring pendaftaran sekolah pada awal bulan April setiap tahun ( tarikh pencalonan boleh dilewatkan / ditangguhkan tetapi tidak boleh diawalkan ).
- Kelayakan pelajar yang dicalon adalah berdasarkan keputusan dan kewibaannya semasa di sekolah rendah atau dicadang oleh guru.
Fasal 3 : Pemilihan Pengawas Percubaan
- Pemilihan pengawas-pengawas akan dijalankan berdasarkan beberapa ciri berikut, iaitu daya kepempinan, kematangan, perangai, kesopanan dan kehormatan.
- Guru-guru dan pengawas-pengawas berhak membantah pemilihan seseorang calon. Bantahan tersebut mesti disertai dengan alasan yang rasional dan bijak.
- Ujian penulisan dan temu duga akan diadakan selepas mendapat senarai nama bagi pelajar tingkatan 1 yang layak dipilih. Hanya calon-calon yang terbaik akan dipilih.
- Selepas Lembaga Pengaws dan Unit Displin bersetuju dengan senarai calon yang terpilih, senarai nama bakal pengawas akan dihantar kepada Pengetua.
Fasal 4: Pengawas Percubaan
- Pelajar yang telah dipilih menjadi pengawas percubaan tidak boleh menolak perlantikan tersebut.
- Jika seseorang pengawas percubaan ingin meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah, hukuman yang setimpal akan dikenakan oleh pihak sekolah ke atas pengawas baru tersebut. Pengawas percubaan yang meletakkan jawatan akan dikenakan demerit 8 markah.
- Selain itu, pengawas yang meletakan jawatan itu dilarang memegang jawatan dalam aktiviti ko-kurikulumnya.
Fasal 5: Upacara Perlantikan Dan Angkat Sumpah
- Upacara perlantikan dan angkat sumpah akan berlangsung pada penggal pertama setelah tempoh melatih pengawas percubaan tamat.
- Upacara perlantikan diadakan semasa perhimpunan dijalankan
- Pengawas Sekolah akan disahkan jawatan semasa di Tingkatan 2.
Angkat Sumpah:
“ Bahawa sahnya, kami sekarang dipilih menjadi pengawas sekolah, iaitu sebagai satu contoh untuk membentuk keadaan yang baik, menjaga tatatertib sekolah dan menjadi ketua supaya murid akan bekerjasama dengan sekolah, menjalankan tugas kami dengan bersungguh-sungguh.”
Fasal 6 :Tanggungjawab Pengawas
- Tali leher pengawas merupakan symbol kehormatan dan kuasa pengawas. Oleh itu, pengawas mesti memakai tali leher pada bila bila masa pun ( kecuali semasa menghadiri kelas jasmani ).
- Pengawas mesti menggunakan kuasa yang diberi dengan sebaik-baiknya dan bukan dengan sesuka hati.
- Seorang pengawas sekolah harus berkelakuan baik, adil,saksam, bersopan-santun menjadikan diri sebagai teladan kepada pelajar dan tidak melanggar peraturan sekolah.
- Semasa balik ke sekolah di luar waktu pelajaran, pengawas mesti memakai kemeja-T persatuan atau pakaian seragam pengawas.
- Pengawas tidak boleh lewat sama ada dating ke sekolah, menjalankan tugas ataupun mengahadiri perjumpaan / mesyuarat (kecuali dalam keadaan tertentu dan keizinan telah diberikan)
- Pengawas harus tegas dan serius semasa bertugas. Jika mendapati seseorang pelajar telah melanggar peraturan sekolah, pengawas harus mengambil tindakan yang sewajarnya tetapi bukan pilih kasih kerana takut dimarahi oleh kawan.
- Pengawas juga betanggungjawab atas kebersihan sekolah. Jika terjumpa pelajar yang sengaja membuang sampah, pengawas harus mengambil tindakan.
- Pengawas juga akan menjalankan tugas yang ditetapkan sepertu tugas harian dan membuat rondaan.
- Apabila mengahadapi masalah, semua pengawas harus bersatu padu untuk menyelesaikannya, Sekiranyan terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan, pengawas boleh berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas, Ketua / Penolong Ketua Pengawas atau guru pensihat / guru disiplin.
- Setiap pengawas harus memperbaiki kelakuan kendiri pada setiap masa dan selalu berbincang dengan pengawas lain tentang masalah yang dihadapi serta cara untuk mengatasinya.
- Setiap pengawas harus giat menyertai aktiviti-aktiviti Lembaga Pengawas untuk mengeratkan hubungan.
- Setiap urusan dalam lembaga pengawas tidak harus dibocorkan. Jika terdapat kes pembocoran yang dilakukan dengan tidak sengaja, pengawas lain harus memberi panduan dan nasihat.
- Pengawas tidak boleh mengadakan mesyuarat secara bersendirian. Mesyuarat mesti diadakan bersama guru, ketua/penolong ketua pengawas.
- Walaupun berada di luar sekolah, pengawas masih harus menjaga imej diri dan nama baik sekolah, tidak menyertai aktiviti yang kurang siaht, tidak melepak atau merayau-rayau di merata tempat dalam pakaian seragam.
Fasal 7: Pemecatan Dan Denda
- Setiap pengawas mesti mematuhi Perlembagaan Lembaga Pengawas. Jika terdapat pengawas yang melakukam kesalahan, tindakan-tindakan berikut akan diambil:
- a) Memberi nasihat dan bimbingan
- b) Memberi amaran
- c) Dikenakan markah demerit dan penambahan tugasan
- d) Dipecat
- Untuk kes kesilapan serius pihak sekolah berhak melucut jawatan pengawas serta-merta tanpa sebarang amaran.
- Untuk kesilapan-kesilapan yang tidak begitu serius denda dalaman lembaga pengawas akan dikenakan.
PERKARA 6: PENTADBIRAN
Fasal 1: Pihak Pentadbiran Sekolah Dengan Pengawas
- Pengawas boleh mengemukakan apa-apa pun kepada pihak pentadbiran sekolah pada bila-bila masa.
- Lembaga Pengawas bertanggunagjawab secara langsung kepada kepada Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (PKHEP).
Fasal 2: Guru Disiplin dengan Pengawas
- Guru disiplin / guru penasihat Lembaga Pengawas akan dilantik oleh Pengetua.
- Guru disiplin akan menasihati Lembaga Pengawas dalam semua perkara.
Fasal 3: Pemilihan Ahli Jawatankuasa
- Setiap tahun, kira-kira 26 orang pengawas akan dilantik untuk memegang jawatan dalam
Lembaga Pengawas iaitu ketua pengawas (seorang), penolong ketua pengawas (4 orang) / penolong ketua pengawas (3 orang) dan penyelaras tingkatan (seorang), setiausaha (seorang) dan ahli jawatankuasa (kira-kira 16 orang).
- Ketua pengawas yang dilantik dari pengawas-pengawas tingkatan 6 akan diisytiharkan oleh
pengetua sekolah. Dia juga menjadi wakil peljar di sekolah.
- Dua orang penolong ketua pengawas tingkatan 5 dan dua orang penolong ketua pengawas
Tingkatan 4 / seorang penolong ketua pengawas tingktan 4 dan seorang penyelaras tingktan 4 akan dilantik.
- Seorang setiausaha dari tingkatan 5 dan penolong setiausaha dari tingkatan 4 akan dilantik.
- Seoarang bendahari dari tingkatan 5 dan penolong bendahari dari tingkatan 4 akan dilantik.
- Kira-kira 16 orang ahli jawatankuasa akan dilantik
- seseorang pengawas tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan dalam lembaga pengawas
- Untuk jawatan ketua pengawas, penolong ketua pengawas, penyelaras tingkatan, setiauasaha dan bendahari, guru displin akan membuat perlantikannya. Pengawas-pengawas boleh memberikan, cadangan tetapi guru displin akan membuat perlantikannya. Semua jawatan yang lain dilantik dengan cara pengundian atau ditetapkan oleh guru. Walau bagaimanpun, keputusan muktamad akan dibuat oleh guru disiplin.
- Pemilihan ahli jawatankuasa ini diadakan pada setiap pertangahan tahun.
- Jawatan dan bilangan ahli jawatankuasa yang ditetapkan di atas tidak termasuk ahli jawatankuasa tingkatan 6.
- Jawatan dan bilangan ahli jawatankuasa tingkatan 6 akan ditentukan mengikut keperluan atau keadaan semasa.
Fasal 4 : Komposisi Exco Dan Kuasanya
- Ahli-ahli exco termasuk semua pengawas tingkatan 6 dan tingkatan 5.
- Mesyuarat exco berfungsi apabila sesuatu yang penting perlu dibuat. Contohnya, menentukan kepecatan seseorang pengawas.
- Setiap ahli mempunyai 1 undi dalam mesyuarat-mesyuarat exco. Walaubagaimanapun, ketua pengawas masih mempunyai kuasa veto jika undian adalah kurang daripada 2/3 undian majoriti Kuasa veto ketua pengawas akan dimansuhkan dengan 2/3 undian exco.
Fasal 5 : Tugas Dan Peranan Jawatankuasa
Ketua Pengawas
- Ketua pengawas mewakili lembaga pengawas dalam semua perkara.
- Dia akan mempengerusikan semua lembaga pengawas.
- Dia akan mengagihkan tugas-tugas kepada pengawas.
- Semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengawas mesti mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 majoriti. Jadi jika sesuatu keputusan dibuat dengan persetujuan yang kurang daripada jumlah tersebut, ketua pengawas akan membuat keputusan muktamad.
Penolong Ketua Pengawas (Tingkatan 5)
- Penolong ketua pengawas dari tingkatan 5 ini akan membantu ketua pengawas dalam semua perkara.
- Dia akan mengambil tempat ketua pengawas semasa ketidakhadiran ketua pengawas.
- Dia tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa merujuk kepada ketua pengawas kecuali dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh ketua pengawas
- Penolong ketua pengawas akan menyimpan satu rekod tentang semua denda dan hukuman yang diambil ke atas pengawas-pengawas.
- Penolong ketua pengawas berkuasa menegur dan mendenda pengawas-pengawas yang melakukan kesalahan terutamanya tentang kelakuan yang telah melanggar peraturan sekolah.
Penolong Ketua Pengawas (Tingkatan 4)
- Penolong ketua pengawas tingkatan 4 mempunyai tugas dan peranan yang agak sama dengan penolong ketua pengawas tingkatan 5.
Penyelaras Tingkatan
- penyelaras tingkatan akan membantu penolong ketua pengawas dalam semua perkara.
- Dia akan mengambil tempat penolong ketua pengawas semasa ketidakhadirannya.
- Dia akan boleh membuat sebarang keputusan tanpa merujuk kepada penolong ketua pengawas.
Setiausaha
- Setiausaha dan penolong setiausaha akan menyimpan satu rekod tentang semua mesyuarat yang diadakan.
- Mereka bertanggungjwab atas perihal surat menyurat lembaga pengawas. Walaubagaimanapun, kebenaran dan persetujuan daripada ketua pengawas mesti didapatkan sebelum surat-surat tersebut dikirim.
- Mereka bertugas untuk menyelaraskan papan kenyataan lembaga pengawas dan mengemaskininya.
Bendahari
- Bendahari dan penolong bendahari bertanggungjawab untuk menyimpan satu akaun tentang perbelanjaan / kutipan yuran lembaga pengawas.
- Mereka akan membuat satu laporan tentang perbelanjaan / kutipan yuran lembaga pengawas sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Semua denda ke atas pengawas dan pelajar pelajar akan diserahkan kepada mereka.
Ahli Jawatankuasa
- Ahli jawatankuasa dibahagi kepada 8 bahagian (mengikut susunan abjad ) :
- Bahagian Berkawat
b. Bahagian Kebersihan / Keceriaan - Bahagian Kehadiran Pelajar / SPK
- Bahagian Kelas Tahanan
- Bahagian Merit / Demerit
- Bahagian Pengurusan Data
- Bahagian Rekod Salahlaku
- Bahagian Senarai Hitam / Statistik
- Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua bahagian (pengawas tingkatan 5 ) dan seorang penolong ketua bahagian (pengawas tingkatan 4).
- Setiap bahagian juga dianggotai oleh 3 orang pengawas yang lain (tingkatan 3) sebagai ahli kumpulan.
- Selepas ujian berkawat tamat dan sebelum sesi berkawat yang berikutnya bermula, ahli kumpulan Bahagian Berkawat perlu membantu bahagian lain (seperti Bahagian Kebersihan / Keceriaan, Bahagian Pengurusan Data) atau menjalankan tugas khas yang diberi oleh guru penasihat (seperti menyediakan kertas kerja).
Pengawas-Pengawas
- Para pengawas akan bertugas di kawasan sekolah untuk menjaga mengekalkan disiplin pelajar.
- Para pengawas akan menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh pengetua, guru disiplin dan ketua pengawas.
- Mereka akan cuba mencegah sebarang kerosakan di sekolah.
- Mereka diberi kuasa untuk mencatat nama-nama pelajar yang melanggar perturan sekolah. Pelajar-pelajar yang enggan membaiki perangai atau kelakuan akan dilapor kepada guru disiplin
- Jika hukuman yang lebih berat dikenakan, guru disiplin, dan ketua pengawas akan merujuk kepada Pengetua.
- Pengawas-pengawas tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan di luar sekolah tanpa pengetahuan dan kebenaran guru-guru penasihat.
Perkara 7 : Perkara Lain
Fasal 1 : Mesyuarat
- Mesyuarat lembaga pengawas yang rasmi akan diadakan pada hari Sabtu (12.30p.m. – 3.30 p.m.).
- Mesyuarat-mesyuarat yang lain akan ditentukan oleh ketua pengawas dari semasa ke semasa.
- Mesyuarat boleh diadakan oleh seseorang pengawas dengan memberitahu ketua pengawas terlebih dahulu. Dia mesti menyatakan tujuan mesyuarat diadakan dan ketua pengwas akan mengambil keputusan sendiri sama ada mesyuarat itu perlu diadakan atau tidak.
Fasal 2 : Perubahan dan pindaan
- Perlembagaan ini boleh dipinda pada bila bila masa kecuali melalui arahan pengetua.
- Namun demikian, lembaga pengawas boleh memohon kebenaran daripada guru disiplin untuk meminda beberapa perkara dlaam perlembagaan ini. Ini hanya boleh dibuat dengan undian 2/3 majoriti lembaga pengawas yang bersetuju atau dengan persetujuan guru penasihat.
- Comments(0)