Majlis Perpisahan 2022

December 15th, 2022

Tarikh: 15 Disember 2022

Masa: 1.30 petang hingga 5.00 petang

Tempat: Dewan Sekolah

Majlis perpisahan lembaga pengawas telah dianjurkan dengan berjayanya pada 15 Disember 2022, iaitu hari Khamis. Majlis tersebut bermula pada pukul 1.30 petang dan bersurai pada pukul 5.00 petang. Pada hari tersebut, guru-guru memberikan ucapan dan galakkan kepada para pengawas. Pengawas-pengawas juga memberikan kerjasama yang utuh untuk menjayakan majlis perpisahan ini. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk berterima kasih kepada pengawas-pengawas tingkatan 5. Jasa mereka yang banyak berbakti kepada lembaga pengawas seharusnya sentiasa diperingati dan dikenangi.

Pengawas tingkatan 5 mengambil foto sebagai kenangan.
Pengawas tingkatan 3 sedang mempersembahkan tarian mereka.
Pengawas tingkatan 4 sedang mempersembahkan nyanyian mereka.
Pengawas tingkatan 5 sedang mempersembahkan tarian mereka.
Pengawas-pengawas bermain dengan seronok dalam sesi permainan.
Pengawas-pengawas mengambil foto sebagai kenangan.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.