Majlis Perpisahan 2023

November 4th, 2023

Tarikh: 4 November 2023
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Sekolah dan Restoran Daorae Korean BBQ
Majlis perpisahan lembaga pengawas telah dianjurkan dengan berjayanya pada 4 November 2023, iaitu hari Sabtu. Majlis tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan bersurai pada pukul 3.00 petang. Pada hari tersebut, guru-guru memberikan ucapan dan galakkan kepada para pengawas. Pengawas-pengawas juga memberikan kerjasama yang utuh untuk menjayakan majlis perpisahan ini. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk berterima kasih kepada pengawas-pengawas tingkatan 5. Jasa mereka yang banyak berbakti kepada lembaga pengawas seharusnya sentiasa diperingati dan dikenangi.

Pengawas tingkatan 5 mengambil foto sebagai kenangan.

Pengetua, Cik Chong Fook Yu memberi sepatah kata ucapan.

Pengawas tingkatan 2 sedang mempersembahkan tarian mereka.

Pengawas tingkatan 3 sedang mempersembahkan tarian mereka.

Pengawas tingkatan 4 sedang mempersembahkan tarian mereka.

Pengawas-pengawas bermain dengan seronok dalam sesi permainan.

Pengawas-pengawas menghayati tayangan video yang disediakan oleh pengawas tingkatan 3 dengan puas hati.

Pengawas-pengawas mengambil foto sebagai kenangan.

Encik Loke Gim Tay menghadiahkan bukunya, Hikayat Tiga Negara kepada sekolah di Restoran Daorae Korean BBQ.

Pengawas-pengawas dan guru-guru mengambil foto sebagai kenangan.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.