Hari Orientasi Tingkatan 1

January 14th, 2015

Semua ahli Lembaga Pengawas telah datang ke sekolah pada pukul 7 pagi 15 Januari 2015 untuk bertugas pada Hari Orientasi Tingkatan 1.

Beberapa orang pengawas bertugas untuk membawa murid-murid Tingkatan 1 ke merata-rata tempat sekolah untuk memperkenalkan beberapa lokasi di sekolah seperti Bilik Pengawas, Bilik Aktiviti, Bilik Visual, Perpustakaan, Stadium dan Makmal-makmal di sekolah.

Selain itu, beberapa orang pengawas pula mempromosi Lembaga Pengawas kepada murid-murid Tingkatan 1 dan sesiapa yang berminat untuk menjadi pengawas boleh mendaftarkan diri dengan pengawas-pengawas tertentu. Setiap aktiviti pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan kami bersurai pada 12 tengah hari.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.