Majlis Perpisahan Lembaga Pengawas 2015

July 21st, 2015

Majlis perpisahan lembaga pengawas telah dianjurkan dengan berjayanya pada 15 Julai 2015, iaitu hari Rabu. Majlis tersebut bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan bersurai pada pukul 7.00 malam. Pada hari tersebut, guru besar dan guru-guru memberi ajaran dan cadangan kepada para pengawas. Pengawas-pengawas juga memberi kerjasama yang jitu untuk menjayakan majlis perpisahan ini. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk membalas jasa dan budi yang dicurahkan oleh pengawas-pengawas tingkatan 5 dan 6. Jasa mereka yang banyak berbakti kepada lembaga pengawas seharusnya sentiasa diperingati dan dikenangi.

11749747_1035922139752534_341579803_n

Pengawas tingkatan 3 menyambut kedatangan pengawas tingkatan 5 dengan tepukan gemuruh.

11742857_1629403423961188_3743539542782417491_n

Pengetua,Cik Ng Choy Leng memberi sepatah kata ucapan.

 

11749287_1036701303007951_131913515_n

Pengawas tingkatan 3 bertugas untuk melayan mereka.

11774368_1036704339674314_437257360_n

Para pengawas menjamu selera selepas beratur mengambil makanan.

11721238_1035923673085714_228201503_n

Semua pengawas menonton persembahan pengawas tingkatan 2 dengan gembira.

11700810_1629410803960450_1267128049643930118_n

Pengawas-pengawas bermain dengan seronok dalam sesi permainan.

10300108_1629408200627377_3149184122362098123_n

Pengawas-pengawas menghayati tayangan video yang disediakan oleh pengawas tingkatan 3 dengan puas hati.

11753880_1036703606341054_2059193683_n

Pengawas berhimpun bersama-sama sebelum majlis tersebut tamat.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.