Majlis Perpisahan 2017

July 14th, 2017

Majlis perpisahan lembaga pengawas telah dianjurkan dengan berjayanya pada 7 Julai 2017, iaitu hari Jumaat. Majlis tersebut bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan bersurai pada pukul 5.45 petang. Pada hari tersebut, pengetua dan guru-guru memberi ucapan dan galakkan kepada para pengawas. Pengawas-pengawas juga memberi kerjasama yang  untuk menjayakan majlis perpisahan ini. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk berterima kasih kepada pengawas-pengawas tingkatan 5 dan 6. Jasa mereka yang banyak berbakti kepada lembaga pengawas seharusnya sentiasa diperingati dan dikenangi.

Pengawas Tingkatan 5 mengambil foto sebagai kenangan.

Pengawas Tingkatan 3 bertugas melayan guru-guru dan para pengawas.

 

Para pengawas beratur untuk mengambil makanan.

Guru-guru sedang menjamu selera sambil berbual-bual.

Pengawas Tingkatan 4 sedang membuat persembahan nyanyian.

Para pengawas bergaul dengan mesra semasa sesi permainan.

 

 

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.